Tentang Kami


Green Millennium Technology yang merupakan pembeli getah berlesen adalah syarikat milik penuh bumiputera didaftarkan pada 12 Februari 2011 dan beribu pejabat di Pulau Pinang. Selain menjalankan urusniaga jual beli getah, green mille juga menjalankan perniagaan berasaskan pertanian khususnya dalam bidang agro teknologi. Green Mille juga telah berdaftar sebagai ahli Kelab Usahawan Risda.



Ladang R&D Green Mille untuk tujuan penyelidikan.
Dengan kerjasama dari pekebun kecil Risda Pulau Pinang dan universiti tempatan, green mille menjalankan penyelidikan merangkumi:
  • Teknologi Reactorrim - teknik merangsang pokok getah matang dan tua (umur 15 - 50 tahun)
  • Penentuan Kandungan Getah Kering (DRC) secara saintifik.
  • Pemulihan Pokok Getah Mati Kulit.
  • Aplikasi pembajaan yang sesuai. 


Proses menjemur untuk mengeringkan getah

Green Mille mengalu-alukan pihak yang berminat untuk sama-sama bergabung dalam usaha penyelidikan dan pembangunan dari peringkat penanaman pokok hinggalah kepada penghasilan produk akhir (end product)
demi kepentingan pekebun kecil dan penoreh getah dalam meningkatkan hasil dan pendapatan sekaligus meningkatkan ekonomi Negara yang juga merupakan pengeluar getah ke-3 terbesar di dunia.