Wednesday, 29 February 2012

Intro

Keperluan getah yang sentiasa meningkat
Keperluan getah yang meningkat mengikut pertumbuhan populasi manusia menjadikan getah antara komoditi yang teraktif diurusniaga di pasaran dunia. Disebabkan permintaan (demand) yang sentiasa meningkat, maka urusniaga getah dijalankan secara tunai bermula dari peringkat pembelian di ladang, hingga penjualan ke kilang memproses (processing). Getah yang diproses digredkan mengikut piawai yang telah ditetapkan seperti SMR 10, SMR 20 dan sebagainya. Harga jualan pula berubah setiap hari mengikut pasaran semasa.


Penghantaran ke kilang getah

Urusniaga jual beli getah adalah satu perniagaan yang mudah diurus. Tidak seperti perniagaan lain yang perlu menjual produk sebaliknya anda cuma perlu membeli getah samada skrap atau latex dari penjual (penoreh / pengusaha ladang- yang memang tersedia ada) dan terus menjualnya kepada pembeli (kilang) berdekatan. Anda tidak perlu susah payah membuat promosi kerana pintu -pintu kilang getah yang disenaraikan sentiasa terbuka untuk membeli getah anda.

Official Signboard untuk Pembeli Getah Berlesen
Namun begitu, syarat utama untuk memulakan perniagaan ini adalah lesen dari Lembaga Getah Malaysia. Kelulusan untuk mendapatkan lesen bergantung kepada syarat-syarat tertentu dan keputusan adalah bergantung kepada mesyuarat yang diadakan oleh LGM sebanyak 2 kali setahun. Sijil, buku resit dan buku akaun untuk urusan jual beli getah akan diberikan oleh LGM apabila permohonan diluluskan.

Berat..? DRC..? Bendasing (kayu, batu, pasir, plastik)...?
Untuk mengekalkan keuntungan setiap kali urusniaga dijalankan, penentuan harga adalah perkara paling penting semasa membuat pembelian. Harga pembelian kita yang tentukan bukan penjual. Harga pula berubah setiap hari mengikut pasaran semasa. (rujuk web LGM: Harga Semasa Getah). Jumlah pembelian pula tidak sama setiap hari, bergantung pada keadaan.Tetapi kalau tak nak rugi, sekurang-kurangnya anda kena beli dan jual getah sebanyak 1 tan ke atas.






9 comments:

  1. Perniagaan yang dimonopoli oleh bangsa cina

    ReplyDelete
  2. salam,ada sesiapa yang boleh jual cuplump dalam 5-10 tan sehari...boleh hp..0129418985.terima kasih.

    ReplyDelete
  3. wow..besar tu..mesti ramai datang tolak..nie sbb tmpat sya ramai dah pembeli dan pemborong..masing2 ade strategi menarik minat penoreh..la nie pun harga getah baru nak menaik..sblum nie bolehlah 1-2 tan sehari,tpi la nak dapat setengah tan pun susah..

    ReplyDelete
  4. Saya mempunyai lesen LGM a (i) &(ii) . Boleh import. Boleh jual kpd kilang direct. Saya nk sewakan lesen ini. Call @ whatsapp 017527869

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam joesalleh...lesen import tuan masih ada lagi tak?

      Delete
  5. wassup saya tuan joe salleh...nom fone tuan tak lengkap...wassup saya fadzli 01120975245

    ReplyDelete
  6. Boleh x sya apply lesen peruncit getah tetapi pada msa yg sama sya bekerja di syarikat swasta..??

    ReplyDelete
  7. Boleh x sya apply lesen peruncit getah tetapi pada msa yg sama sya bekerja di syarikat swasta..??

    ReplyDelete